Selasa, 4 Julai 2023

KEPUTUSAN UNDIAN KEJOHANAN KRIKET MSSPP 2023

 KEJOHANAN KRIKET MSSPP BAWAH 12 TAHUN

TARIKH : 24 JULAI 2023 - 28 JULAI 2023

KUMPULAN : A

VENUE : SK STOWELL

A1 - SKS (SK STOWELL)

A2 - SJKTRK (SJKT RAMAKRISHNA)

A3 - SKJ (SK JUARA)

A4 - SKPTK (SK PERMATANG TO KANDU)

A5 - SJKTLP (SJKT LADANG PRYE)

KUMPULAN : B

VENUE : KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI

B1 - SKMB (SK MACANG BUBOK)

B2 - SKSR (SK SERI RELAU)

B3 - SKST (SK SERI TASEK)

B4 - SJKTLJ (SJKT LADANG JURU)

B5 - SKBTM (SK BANDAR TASEK MUTIARA)


KEJOHANAN KRIKET MSSPP BAWAH 18 TAHUN

TARIKH : 17 JULAI 2023 - 21 JULAI 2023

KUMPULAN : A

VENUE : SK STOWELL

A1 - PFS (PENANG FREE SCHOOL)

A2 - SMKMB (SMK MACHANG BUBOK)

A3 - SMKBM (SMK BUKIT MERTAJAM)

A4 - SMKP (SMK PRAI)

KUMPULAN : B

VENUE : KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI

B1 - SMSTSSS (SM SAINS TUN SYED SHEH SHABUDDIN)

B2 - SAKBA (SM SAINS KEPALA BATAS)

B3 - KVSEP (KOLEJ VOKASIONAL SEBERANG PERAI)

B4 - SMKTBM (HIGH SCHOOL BUKIT MERTAJAM)


SEMOGA BERJAYA UNTUK PASUKAN BERTANDING

BORANG PENDAFTARAN RO1,MO1,RO2 DAN MO2

SILA MUAT TURUN BORANG 

MUAT TURUN BORANG RO1,MO1,RO2,MO2

Isnin, 19 Jun 2023

PENDAFTARAN KEJOHANAN KRIKET MSSPP 2023

SILA KLIK PAUTAN INI

JOM DAFTAR 

 

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KRIKET

BWH 18 THN/12 THN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG

2023

   


 

1.UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

 

1.1    Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-undang Kriket Antarabangsa, International Cricket Council( 2017 Code) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kelab    Kriket Maryleborne , tertakluk kepada pindaan-pindaan yang diluluskan oleh Peraturan- Peraturan        Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

 

1.2    Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsiranya, maka undang undang dalam       Bahasa Inggeris yang terkini akan di patuhi. 

1.3. Kejadian di luar jangkaan dan tidak dinyatakan didalam peraturan berkenaan akan diputuskan                 seperti berikut. 

      1.3.1 Semua kejadian am akan di putuskan berasaskan Peraturan AM MSSM.

 

 

2. PERTANDINGAN

 

Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem liga  satu kumpulan  bagi pusingan pertama  dan kalah mati bagi separuh akhir dan akhir.

 

3.SISTEM PERTANDINGAN

 

Semua pasukan akan dibahagi kepada 2 kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Sistem silang (cross) dijalankan semasa peringkat separuh akhir iaitu Johan Kumpulan akan bertemu dengan Naib Johan dari Kumpulan lain dan disebaliknya. Pemenang peringkat separuh akhir akan bertemu dikejohanan akhir manakala Pasukan Kalah akan ditentukan tempat melalui pengiraan Run Rate tertinggi. 

 

4. HAD MASA

 

4.1 Semua perlawanan mengandungi satu innings bagi setiap pasukan  dan setiap innings 

      dihadkan kepada :

      20 (6 ball ) overs- Untuk pusingan pertama, separuh akhir dan akhir.

 

4.2  Permainan akan diadakan setiap hari di semua padang yang ditetapkan. Semua perlawanan akan           ditamatkan dalam satu hari dan masa pertandingan rasmi adalah seperti berikut

 

         4.2.1       Untuk setiap permainan tempoh permainan adalah selama  2 jam 30 minit.

                       

 

4.2..2   Masa perlawanan ialah :        

                       a) Perlawanan Pertama 

                        9.00 pg  - 11.30          Cut off time      – 11.10 pg

            Innings pertama bermula 9.00 pg hingga 10.10 pg

            Rehat

            Bawah 12 :

                Kumpulan : Overs 5 dan 10 (main 15 overs)

                Separuh akhir dan Akhir : Overs 7 dan 15 (main 20 overs)

            Bawah 18 :

                Overs 7 dan 15 (Semua perlawanan)

            Innings kedua  bermula 10.20 pg hingga 11.30 tgh

 

                        b) Perlawanan Kedua   

                        11.40 - 2.10            Cut off time        - 1.40 ptg

            Innings pertama bermula 11.40 hingga 12.50 tgh

             Rehat

            Bawah 12 :

                Kumpulan : Overs 5 dan 10 (main 15 overs)

                Separuh akhir dan Akhir : Overs 7 dan 15 (main 20 overs)

            Bawah 18 :

                Overs 7 dan 15 (Semua perlawanan)

                

            Innings kedua bermula 1.00 ptg hingga 2.10 ptg

 

           c) Perlawanan ketiga     

 

              2. 20 ptg hingga 4.50 ptg   Cut off        - 4.30ptg

              Innings pertama bermula 2.20 hingga 3.30

               Rehat

            Bawah 12 :

                Kumpulan : Overs 5 dan 10 (main 15 overs)

                Separuh akhir dan Akhir : Overs 7 dan 15 (main 20 overs)

            Bawah 18 :

                Overs 7 dan 15 (Semua perlawanan)

              Innings kedua bermula 3.40 hingga 4.50 ptg

 

 

4.2.3        Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab

            tertentu yang tidak dapat dielakan, pengadil akan menyusun semula jumlah overs  

            bagi innings kedua-dua pasukan. Jumlah minima overs yang di perlukan ialah 5

            overs satu pasukan. Jika syarat ini tidak dapat dipenuhi maka perlawanan yang

            berkenaan dianggap seri.

 

            4.2.4    Jika permainan tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut akan dikira                 sebagai seri tampa lawan dan setiap pasukan akan diberi satu mata.

 

            4.2.5.   Sekiranya satu innings habis lambat oleh kerana kelewatan pasukan   

                        memadang  pasukan tersebut akan dipenalise untuk slow over rate dan  

                        jumlah over batting mereka akan dikurangkan.

 

4.2.6    Bagi  pasukan memukul pula seorang pemukul boleh dikeluarkan secara  

            timed  out sekiranya tidak bersedia untuk menghadapi balingan dalam

            tempoh masa 2 minit.

 

 

5. Had Sekatan

5.1       Seorang pembaling tidak boleh  membaling lebih daripada   :

            3/4 overs didalam satu innings 15/20 overs.

           

5.2       Had minimum  pembaling ialah 15 overs dalam satu jam dan Jawatankuasa  Pengelola akan mengarahkan pengadil memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.

 

5.3       Sekiranya seorang pembaling tidak mampu menhabiskan satu over kerana sebab-sebab tertentu , baki balingan (balls) hendaklah dibaling oleh seorang pembaling yang lain. Baki balingan (balls ) yang berkenaan adalah dikira sebagai satu over kepada pembaling yang mengambil alih.

 

5.4       Sekiranya peraturan 4.2.3  dilaksanakan seorang pembaling tidak dibenarkan membaling overs yang lebih jumlah overs ini tidak boleh dibahagi kepada 5, maka tambahannya  hanya satu over setiap pembaling boleh diberikan kepada bilangan  pembaling minimum yang dibenarkan.

 

Contoh : Sekiranya satu innings dikurangkan kepada 8 overs maka tiga orang pembaling boleh membaling sebanyak 2 overs seorang dan pembaling –pembaling yang lain tidak boleh membaling melebihi 1 over seorang.

 

 

 

6. Had Sekatan Pasukan Pemadang ( Field Restrictions) bwh 18 dan 12

 

6.1       Untuk 6 overs pertama hanya 2 pemadang dibenarkan berada di luar garisan 30 ela                 untuk permainan 20 overs.             

6.2      Selepas 6 overs pertama tidak lebih dari 5 pemadang di luar garisan 30 ela untuk                            permainan 20 overs

6.3.     Untuk  4 overs pertama hanya 2 pemadang dibenarkan berada di luar garisan 30 ela untuk             permainan 15 overs.

6.4     Selepas 4 over pertama tidak lebih dari 5 pemadang diluar garisan 30 ela untuk                              permainan 15 overs

 

 

7. Keputusan dan Pemberian Mata

 

7.1       Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan  overs yang dipersetujui, maka pasukan yang mempunyai larian yang lebih akan menjadi  pemenang dalam satu permainan.

 

7.2       Pasukan yang memukul kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya 5 overs yang diperuntukkan atau semua pemukulnya out sebelum sesuatu keputusan perlawanan boleh dibuat.

 

7.3       Sekiranya  pasukan memukul kedua belum menghabiskan overs yang dipersetujui, maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah.

 

-          Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap over (Run-rate per  over ) yang lebih  besar dihitung tepat kepada 2 tempat perpuluhan akan menjadi pemenang. Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan yang memukul pertama akan dibuat berdasarkan jumlah overs yang telah ditetapkan.

 

7.4       Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 7.1 ,  7.2 & 7.3 maka kedua-dua pasukan dianggap seri.

 

7.5       Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie ) maka kedua- dua

            pasukan dianggap seri. (Peringkat Kumpulan )

 

7.6       Pasukan yang tidak bersedia untuk memulakan sesuatu perlawanan 30 minit  selepas

            masa yang ditetapkan akan dianggap menarik diri atau menyerah kalah.

 

 

7.7       Pemberian Mata

 

Menang           2 mata

Seri                  1 mata

Kalah               0 mata

 

7.8.      Pasukan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai johan kumpulan.Pasukan

            yang kedua terbanyak adalah sebagai Naib Johan    

 

7.9       Sekiranya terdapat dua atau tiga pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut.         

 

7.9.1    Pasukan yang mempunyai net run rate yang lebih besar dalam permainan - permainan kumpulan dikira menang.

 cara kiraan

       Jumlah larian yang dibuat dibahagikan dengan jumlah over yang   

       dihadapi dan tolak dengan jumlah larian yang diberi bahagi jumlah over   

        yang dibaling.

 

8.    Jika masih juga seri keputusan perlawanan

8.1 Bermain 1 overs normal games

        jika masih seri

8.2  Bowl out sebanyak 6 Kali

        jika masih seri

8.3 Toss

 

9. Kelewatan atau Gangguan pada innings pasukan memukul pertama.

 

            9.1    Jika jumlah over untuk pasukan memukul pertama di kurangkan , masa yang tetap

                     akan di pastikan untuk melengkapkan sessi pertama.

 

            9.2    Jika pasukan memadang pertama gagal membuat balingan yang di tetapkan  pada  

                     masa rehat selepas sessi pertama, perlawanan akan di teruskan sehingga jumlah 

                     over yang telah di tetapkan telah di baling.

 

 

10. Kelewatan atau gangguan kepada innings pasukan memukul kedua.

 

            10.1  Jika tidak memungkinkan pasukan kedua dapat memperoleh peluang memukul                

                     jumlah over yang sama dengan pasukan memukul pertama, jumlah over yang akan 

                    di baling perlu di olah semula seperti berikut.

 

           10.2  Jumlah over akan di kurangkan pada purata satu over setiap 4.25 minit bagi masa 

                    perlawanan yang hilang.  ( Tidak kurang dari 5 over)

 

11. Pendaftaran

 

11.1     Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih dari 15 pemain.

 

11.2     Semua pemain hendaklah didaftarkan dalam borang pendaftaran Pemain yang                               dibekalkan.

           ( Sila Guna borang M02 yang bertaip dan bulatkan kesebelasan pertama)

 

            Senarai yang lengkap berserta dengan salinan kad pengenalan(bwh 18)  dan sijil                               

            Lahir (bwh 12 ) yang telah disahkan hendaklah  dibawa  bersama semasa  

            mesyuarat Pengurus- Pengurus Pasukan untuk   semakan.

 

            Untuk kategori bwh 18 pemain perlu menyerahkan kad pengenalan pada meja

            scorer untuk semakan sebelum setiap perlawanan.  

 

            11.3     Senarai nama pemain untuk satu perlawanan hendaklah diserahkan kepada                                                                

                        pegawai bertugas(Scorer) 30 minit sebelum sesuatu perlawanan dijalankan.

 

 12. Minuman              

 

            12.1     Minuman boleh di bawa masuk selepas 8 overs  ( bwh 12/bwh 18 ) Minuman di 

                        berikan dalam kawasan 30 ela permainan. ( 3 minit)

                                      

 

 13.  Laporan Melanggar Peraturan

 

          11.1       Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada Jawatankuasa  

                        Pengelola dalam masa 1 jam setelah tamatnya permainan , mana-mana pemain

                        yang melanggar peraturan atau berkelakuan kurang sopan.

 

         11.2        Pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang berkenaan bahawa dia akan              

            melapurkan kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.

 

         11.3        Pasukan yang melanggar sebarang peraturan pertandingan boleh digantung atau

            disingkirkan daripada perlawanan , bergantung kepada keputusan Jawatankuasa 

            Pengelola / Lembaga Tatatertib

 

         11.4      Sekiranya seorang pemain atau pasukan dianggap melanggar kod etika         

                 permainan.( Preamble –The Spirit of Cricket) ketua pasukan dan pemain terlibat

                 akan di gantung  untuk perlawanan seterusnya.

 

                       Contoh . Sledging ( mengunakan bahasa tidak sopan terhadap pengadil/ pemain  

                        lawan)  Jurulatih atau guru guru pasukan yang menyokong  mengunakan     

                       bahasa tidak sopan atas pengadil , pencatat dan pasukan lawan .

 

                      Sebarang bantahan perlu dikemukan secara bertulis mengikut Peraturan Am 

                      MSSM(Peraturan 12)

 

12.       Gelanggang

 

12.1     Dalam permainan yang dijalankan diatas tikar (Matting) bola yang dibaling ke penghujung matting atau terkeluar adalah disifatkan sebagai no ball.

 

12.2     Semua bola yang dibaling yang terkeluar dari garisan wide akan di kira sebagai wide

          ( 17 in dari off stump dan  17 in dari leg stump ) akan di tanda.

 

12.3     Semua bola yang dibaling keluar sebelah leg stump disifatkan      

            sebagai wide.

 

12.4     Semua bola yang dibaling terus ( full toss/ beamer ) melepasi paras pinggang pemukul akan dipanggill  sebagai no ball

 

12.5     Satu bouncer dibenarkan setiap over. Jika bola kedua atau seterusnya yang           dibaling melantun dan melepasi paras bahu pemukul yang berdiri pada posisi  

            dirian biasa (atas crease )pengadil akan memanggil  bola tersebut    sebagai no

            ball.

 

12.6     Pengadil boleh memanggil no ball pada bola berikut :

 

12.6.1              Lantunan lebih dari 1 kali.

12.6.2              Bola yang meleret

12.6.3              Bola yang dibaling berhenti serta-merta.

12.6.4              Bola melebihi paras pinggang.

12.6.5              Field restriction. Lebih pemain di luar garisan 30 ela. Amaran diberi untuk bounce pertama dan no ball untuk bounce seterusnya untuk setiap bowler

12.6.6              Front foot No ball

12.6.7              Back foot No ball

12.6.7              Bola di baling luar kawasan pitch.

12.6.8              No ball for bowler breaking wickets  while delivering the ball.

12.6.9              No ball – Chucking

12.6.10            No ball- wk di depan stumps

 

(Free Hit akan diberikan bagi setiap kesalahan no ball)

 

13.       Pakaian

                       

                       13.1- Pemain diwajibkan memakai pakaian kriket berwarna ( Putih tidak di   

                                benarkan ). Jersey harus bernombor

 

                       13.2 -Pakaian inner pemain harus berwarna ikut warna jersey

 

                       13.3-Kasut spikes tidak dibenarkan kerana permainan dijalankan atau                    

                                jutt mating dan artificial strip

 

                       13.4  Pemakaian helmet dan semua pakaian keselamatan adalah wajib untuk

                                    Batsman bwh 18 dan bwh 12.

                                    Wicket Keeper ( standing up ) bwh 12 dan bwh 18

                                    Silly fielder

 

14.       Bola Pertandingan

            Kej Kriket MSSM akan mengunakan bola putih bermula dari tahun 2022

 

14.       Bantahan

 

            Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM

 

15.       Juri Rayuan

              Sila rujuk peraturan AM (13) MSSM

 

 

16.       Kuasa Mutlak

 

Jawatankuasa Pengelola adalah badan yang mempunyai kuasa mutlak bagi       memutuskan sesuatu perselisihan atau pelanggaran undang-undang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peraturan Tambahan Pusingan Kedua dan Seterusnya

 

  1. Pusingan kedua pertandingan adalah peringkat  Separuh akhir .

 

  1. Kedudukan pasukan akan ditentukan mengikut Peraturan Am Pertandingan Kriket MSSM iaitu:

 

A)    Jika perlawanan peringkat separuh akhir tidak dapat dijalankan kerana hujan atau sebab–sebab yang lain maka ketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut :        

( minimum 10 overs to constitute a match)

 

i)                   Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir akan ditentukan  dengan mengambil kira net run rate pasukan yang terlibat

 

ii)                 Jika net run rate masih sama undian akan dilakukan (toss).

 

B)    Jika perlawanan Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan ) kerana hujan atau sebab-sebab tertentu  maka untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut :

.-( minimum 5 overs to a match)

- 3 balingan ke arah stump oleh 3 bowler yang berlainan setiap pasukan. Jatuhan wicket terbanyak di kira pemenang.

- tambahan sudden death sekali balingan daripada bowler yg lain sehingga

Pemain ke sebelas.

                       -Kedua-dua pasukan akan diumumkan sebagai Johan Bersama dan pingat 

                       Johan dan Naib Johan akan dibahagi sama rata sekiranya masih seri.

 

 17. Setiap pasukan boleh import 2 pemain dan perlu declare semasa pendaftaran. Dengan syarat sekolah asal pelajar tiada kriket.