Sabtu, 22 Jun 2024

BORANG PENDAFTARAN RO1,MO1,RO2 DAN MO2

SILA MUAT TURUN BORANG 👇

MUAT TURUN BORANG RO1,MO1,RO2,MO2

PENDAFTARAN KEJOHANAN KRIKET MSSPP 2024

SILA KLIK PAUTAN INI 👉     JOM DAFTAR 

PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KRIKET BWH 18THN/ 12THN MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 2024

 PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN KRIKET  

BWH 18 THN /12 THN

MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAH PULAU PINANG 

2024

   


1.UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN

 

1.1 Semua permainan akan dijalankan mengikut Undang-undang Kriket Antarabangsa, International Cricket Council( 2017 Code) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kelab Kriket Maryleborne , tertakluk kepada pindaan-pindaan yang diluluskan oleh Peraturan-Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM).

 

1.2 Sekiranya timbul sebarang perselisihan dari segi pentafsiranya, maka undang undang dalam  Bahasa Inggeris yang terkini akan di patuhi.

 

1.3. Kejadian di luar jangkaan dan tidak dinyatakan didalam peraturan berkenaan akan di putuskan seperti berikut.

      1.3.1 Semua kejadian am akan di putuskan berasaskan Peraturan AM MSSM.


 2. PERTANDINGAN

Pertandingan akan dijalankan mengikut sistem liga  dua kumpulan  bagi pusingan pertama  dan  kalah mati bagi separuh akhir dan akhir.

 

3.SISTEM PERTANDINGAN

Semua pasukan akan dibahagi kepada 2 kumpulan. Johan dan Naib Johan setiap kumpulan akan layak ke peringkat separuh akhir. Sistem silang (cross) dijalankan semasa peringkat separuh akhir iaitu Johan Kumpulan akan bertemu dengan Naib Johan dari Kumpulan lain dan disebaliknya. Pemenang peringkat separuh akhir akan bertemu dikejohanan akhir manakala Pasukan Kalah akan ditentukan tempat melalui pengiraan Run Rate tertinggi. 

 

4. HAD MASA

4.1 Semua perlawanan mengandungi satu innings bagi setiap pasukan  dan setiap innings dihadkan kepada  :

      i) Peringkat Kumpulan (U12&U18) - 15 (6 ball) overs : Tiada extra ball kecuali last over

      ii) Peringkat Semi & Final (Normal Games)

         U18 - 20 over

         U 12 - 15 over 

4.2  Permainan akan diadakan setiap hari di semua padang yang ditetapkan. Semua perlawanan akan ditamatkan dalam satu hari dan masa pertandingan rasmi adalah seperti berikut:

         4.2.1       Untuk setiap permainan tempoh permainan adalah selama  2 jam 30 minit.

         4.2.2       Masa perlawanan ialah :        

                       a) Perlawanan Pertama 

                        9.00 pg  - 11.30          Cut off time      – 11.10 pg

            Innings pertama bermula 9.00 pg hingga 10.10 pg

            Rehat 10 minit

            Innings kedua  bermula 10.20 pg hingga 11.30 pg

                        b) Perlawanan Kedua   

                        11.40 - 2.10            Cut off time        - 1.40 ptg

            Innings pertama bermula 11.40pg  hingga 12.50 tgh

            Rehat 10 minit

            Innings kedua bermula 1.00 ptg hingga 2.10 ptg

 

           c) Perlawanan ketiga      

           

            2. 20 ptg -  4.50 ptg   Cut off  time      - 4.30ptg

            Innings pertama bermula 2.20ptg  hingga 3.30ptg

            Rehat  10 minit

            Innings kedua bermula 3.40ptg  hingga 4.50 ptg

 

 

4.2.3    Sekiranya sesuatu perlawanan tertangguh kerana cuaca atau sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakan, pengadil akan menyusun semula jumlah overs bagi innings kedua-dua pasukan. Jumlah minima overs yang di perlukan ialah 5overs satu pasukan. Jika syarat ini tidak dapat dipenuhi maka perlawanan yang berkenaan dianggap seri.

 

            4.2.4    Jika permainan tidak dapat dijalankan langsung, maka perlawanan tersebut akan dikira sebagai seri tampa lawan dan setiap pasukan akan diberi satu mata.

 

            4.2.5.   Sekiranya satu innings habis lambat oleh kerana kelewatan pasukan memadang pasukan tersebut akan dipenalise untuk slow over rate dan jumlah over batting mereka akan dikurangkan.

 

4.2.6    Bagi  pasukan memukul pula seorang pemukul boleh dikeluarkan secara timed out sekiranya tidak bersedia untuk menghadapi balingan dalam tempoh masa 2 minit.

5. Had Sekatan

5.1       Seorang pembaling tidak boleh  membaling lebih daripada   :

            

             3/4 overs didalam satu innings 15/20 overs.

           

5.2       Had minimum  pembaling ialah 15 overs dalam satu jam dan Jawatankuasa  Pengelola akan mengarahkan pengadil memastikan bahawa peraturan ini dipatuhi.

 

5.3       Sekiranya seorang pembaling tidak mampu menhabiskan satu over kerana sebab-sebab tertentu , baki balingan (balls) hendaklah dibaling oleh seorang pembaling yang lain. Baki balingan (balls) yang berkenaan adalah dikira sebagai satu over kepada pembaling yang mengambil alih.

 

5.4       Sekiranya peraturan 4.2.3  dilaksanakan seorang pembaling tidak dibenarkan membaling overs yang lebih jumlah overs ini tidak boleh dibahagi kepada 5, maka tambahannya  hanya satu over setiap pembaling boleh diberikan kepada bilangan  pembaling minimum yang dibenarkan.

 

Contoh : Sekiranya satu innings dikurangkan kepada 8 overs maka tiga orang pembaling boleh                  membaling sebanyak 2 overs seorang dan pembaling –pembaling yang lain tidak                          boleh membaling melebihi 1 over seorang.


6. Had Sekatan Pasukan Pemadang ( Field Restrictions) bwh 18 dan 12

 

6.1       Untuk  6 overs pertama hanya 2 pemadang dibenarkan berada diluar garisan 30 ela

6.2      Selepas 5 over pertama tidak lebih dari 5 pemadang diluar garisan 30 ela

 

7. Keputusan dan Pemberian Mata

 

7.1       Sekiranya kedua-dua pasukan menghabiskan  overs yang dipersetujui, maka pasukan yang mempunyai larian yang lebih akan menjadi  pemenang dalam satu permainan.

 

7.2       Pasukan yang memukul kedua mestilah menghadapi sekurang-kurangnya 5 overs yang diperuntukkan atau semua pemukulnya out sebelum sesuatu keputusan perlawanan boleh dibuat.

 

7.3       Sekiranya  pasukan memukul kedua belum menghabiskan overs yang dipersetujui, maka keputusan akan dibuat mengikut cara di bawah.

 

-        Pasukan yang memperoleh kadar larian setiap over (Run-rate per  over ) yang lebih  besar dihitung tepat kepada 2 tempat perpuluhan akan menjadi pemenang. Perhitungan kadar larian setiap over bagi pasukan yang memukul pertama akan dibuat berdasarkan jumlah overs yang telah ditetapkan.

 

7.4       Sekiranya keputusan tidak dapat dibuat berdasarkan kepada 7.1 ,  7.2 & 7.3 maka kedua-dua pasukan dianggap seri.

7.5       Sekiranya bilangan larian bagi kedua-dua pasukan adalah sama (tie ) maka kedua- dua pasukan              dianggap seri. (Peringkat Kumpulan )

7.6       Pasukan yang tidak bersedia untuk memulakan sesuatu perlawanan 30 minit  selepas masa yang              ditetapkan akan dianggap menarik diri atau menyerah kalah.

7.7       Pemberian Mata

Menang  : 2 mata

Seri : 1 mata

Kalah : 0 mata

7.8.      Pasukan yang mendapat mata terbanyak dianggap sebagai johan kumpulan.Pasukan yang kedua terbanyak adalah sebagai Naib Johan    

7.9       Sekiranya terdapat dua atau tiga pasukan mendapat jumlah mata yang sama maka   kedudukan pasukan akan ditentukan seperti berikut.

 

7.9.1    Pasukan yang mempunyai net run rate yang lebih besar dalam permainan - permainan kumpulan dikira menang.


cara kiraan

      Jumlah larian yang dibuat dibahagikan dengan jumlah over yang dihadapi dan tolak                dengan jumlah larian yang diberi bahagi jumlah over yang dibaling.

 

8.    Jika masih juga seri keputusan akan dibuat melalui undian .(Toss Sekali )

9. Kelewatan atau Gangguan pada innings pasukan memukul pertama.

            9.1    Jika jumlah over untuk pasukan memukul pertama di kurangkan , masa yang tetap akan di pastikan untuk melengkapkan sessi pertama.

            9.2   Jika pasukan memadang pertama gagal membuat balingan yang di tetapkan  pada   masa   rehat selepas sesi pertama, perlawanan akan di teruskan sehingga jumlah  over yang telah di tetapkan telah di baling.

10. Kelewatan atau gangguan kepada innings pasukan memukul kedua.

            10.1  Jika tidak memungkinkan pasukan kedua dapat memperoleh peluang memukul  jumlah over yang sama dengan pasukan memukul pertama, jumlah over yang akan  di baling perlu di olah semula seperti berikut.

           10.2  Jumlah over akan di kurangkan pada purata satu over setiap 4.25 minit bagi masa perlawanan yang hilang.  ( Tidak kurang dari 5 over)

 

11. Pendaftaran

11.1     Tiap-tiap pasukan mengandungi tidak lebih dari 15 pemain.

11.2     Semua pemain hendaklah didaftarkan dalam borang pendaftaran Pemain yang dibekalkan.

           ( Sila Guna borang RO2/M02 yang bertaip dan bulatkan kesebelasan pertama)

            Senarai yang lengkap berserta dengan salinan kad pengenalan(bwh 18)  dan sijil  Lahir (bwh 12 ) yang telah disahkan hendaklah  dibawa  bersama semasa  mesyuarat  pengurus- pengurus pasukan untuk   semakan.

            Untuk kategori bwh 18 pemain perlu menyerahkan kad pengenalan pada meja scorer  untuk semakan sebelum setiap perlawanan.  

 

            11.3     Senarai nama pemain untuk satu perlawanan hendaklah diserahkan kepada  pegawai bertugas(Scorer) 30 minit sebelum sesuatu perlawanan dijalankan.


 12. Minuman             

            12.1     Minuman boleh di bawa masuk selepas 8 overs  ( bwh 12/bwh 18 ) Minuman diberikan  dalam kawasan 30 ela permainan. (3 minit)


 13.  Laporan Melanggar Peraturan

 

          11.1       Pengadil bertanggungjawab melaporkan secara bertulis kepada Jawatankuasa  Pengelola dalam masa 1 jam setelah tamatnya permainan , mana-mana pemain yang melanggar peraturan atau berkelakuan kurang sopan.

 

         11.2        Pengadil akan memberitahu ketua pasukan yang berkenaan bahawa dia akan    melapurkan kejadian itu kepada Jawatankuasa Pengelola.

         11.3        Pasukan yang melanggar sebarang peraturan pertandingan boleh digantung atau disingkirkan daripada perlawanan , bergantung kepada keputusan Jawatankuasa Pengelola / Lembaga Tatatertib

         11.4      Sekiranya seorang pemain atau pasukan dianggap melanggar kod etika  permainan.( Preamble –The Spirit of Cricket) ketua pasukan dan pemain terlibat akan di gantung  untuk perlawanan seterusnya.

                       Contoh . Sledging ( mengunakan bahasa tidak sopan terhadap pengadil/ pemain  lawan)  Jurulatih atau guru guru pasukan yang menyokong  mengunakan  bahasa tidak sopan atas pengadil , pencatat dan pasukan lawan .

 

                      Sebarang bantahan perlu dikemukan secara bertulis mengikut Peraturan Am MSSM (Peraturan 12)

 

12.       Gelanggang

 

12.1     Dalam permainan yang dijalankan diatas tikar (Matting) bola yang dibaling ke penghujung matting atau terkeluar adalah disifatkan sebagai no ball.

 

12.2     Semua bola yang dibaling yang terkeluar dari garisan wide akan di kira sebagai wide ( 17 in dari off stump dan  17 in dari leg stump ) akan di tanda.

 

12.3     Semua bola yang dibaling keluar sebelah leg stump disifatkan sebagai wide.

 

12.4     Semua bola yang dibaling terus ( full toss/ beamer ) melepasi paras pinggang pemukul akan dipanggill  sebagai no ball

 

12.5     Satu bouncer dibenarkan setiap over. Jika bola kedua atau seterusnya yang    dibaling melantun dan melepasi paras bahu pemukul yang berdiri pada posisi  dirian biasa (atas crease )pengadil akan memanggil  bola tersebut  sebagai no ball.

 

12.6     Pengadil boleh memanggil no ball pada bola berikut :

12.6.1              Lantunan lebih dari 1 kali.

12.6.2              Bola yang meleret

12.6.3              Bola yang dibaling berhenti serta-merta.

12.6.4              Bola melebihi paras pinggang.

12.6.5              Field restriction. Lebih pemain di luar garisan 30 ela

12.6.6              Front foot No ball

12.6.7              Back foot No ball

12.6.7              Bola di baling luar kawasan pitch.

12.6.8              No ball for bowler breaking wickets  while delivering the ball.

12.6.9              No ball – Chucking

12.6.10            No Ball- Tidak memberitahu pengadil mode of delivery

12.6.11            No ball- wk di depan stumps

 

(Free Hit akan diberikan bagi setiap kesalahan no ball)

 

13.       Pakaian

                       13.1- Pemain diwajibkan memakai pakaian kriket berwarna ( Putih tidak di benarkan ). Jersey harus bernombor

                       13.2 -Pakaian inner pemain harus berwarna ikut warna jersey

 

                       13.3-Kasut spikes tidak dibenarkan kerana permainan dijalankan atau jutt mating dan artificial strip

                       13.4  Pemakaian helmet dan semua pakaian keselamatan adalah wajib untuk 

                                    i. Batsman bwh 18 dan bwh 12.

                                    ii. Wicket Keeper ( standing up ) bwh 12 dan bwh 18

                                    iii. Silly fielder

 

14.       Bola Pertandingan

            Kejohanan Kriket MSSM akan mengunakan bola putih.

15.       Bantahan

            Sila rujuk peraturan AM (12) MSSM

16.       Juri Rayuan

              Sila rujuk peraturan AM (13) MSSM

17.       Kuasa Mutlak

Jawatankuasa Pengelola adalah badan yang mempunyai kuasa mutlak bagi memutuskan sesuatu perselisihan atau pelanggaran undang-undang.

 


Peraturan Tambahan Pusingan Kedua dan Seterusnya

 

  1. Pusingan kedua pertandingan adalah peringkat  Separuh akhir .

 

  1. Kedudukan pasukan akan ditentukan mengikut Peraturan Am Pertandingan Kriket MSSM iaitu:

A)   Jika perlawanan peringkat separuh akhir tidak dapat dijalankan kerana hujan atau sebab–sebab yang lain maka ketetapan untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut :      

( minimum 10 overs to constitute a match)

i)                Pasukan yang layak ke Peringkat Akhir akan ditentukan  dengan mengambil kira net run rate pasukan yang terlibat

 

ii)              Jika net run rate masih sama undian akan dilakukan (toss).

 

B)    Jika perlawanan Akhir tidak dapat dijalankan (mengikut peraturan ) kerana hujan atau sebab-sebab tertentu  maka untuk menentukan pemenang seterusnya adalah seperti berikut :


-( minimum 5 overs to a match)

- 3 balingan ke arah stump oleh 3 bowler yang berlainan setiap pasukan. Jatuhan wicket terbanyak di kira pemenang.

- tambahan sudden death sekali balingan daripada bowler yg lain sehingga Pemain ke sebelas.

                       -Kedua-dua pasukan akan diumumkan sebagai Johan Bersama dan pingat Johan  dan Naib Johan akan dibahagi sama rata sekiranya masih seri.